Posted in DUNIA BLOG

Back to self-host; antara kenangan dan masa depan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 

1 Mei 2017. Setelah 8 tahun dari tarikh hurulaini[dot]net dilancarkan; setelah dua tahun kembali ke blogspot; hari ini blog hurulaini secara rasmi dilancarkan atas domain hurulani.com. Over kan ada pelancaran bagai…hahaha.

Idea asal bila membeli hurulaini.com adalah untuk membuat seperti blogspot; dimana aku asingkan antara kandungan informatif dengan post meroyan.

Tapi apakan daya, aku manusia biasa yang lemah dengan sentimen kenangan lalu mengusik jiwa.

Mula-mula aku sudah setup cantik2 blog drama rambles & nota jurutera. Tapi, bila aku cuba kumpulkan semua item untuk blog utama, entri-entri lepas sebenarnya terlalu banyak yang bercampur aduk. Banyak entri yang ditulis bersama dengan lirik lagu atau qoute dari drama. Ada entri yang berhujah berdasarkan ibrah dari drama yang ditonton (perghhh…ibrah you you).

Dan disebabkan bila aku upload semula post lama yang sudah diexport ke blogspot; kemudian cuba diexport ke wordpress semula, sudah pastilah komen-komen berantai terdahulu jadi sangat kucar-kacir. Sedih aku tengok.

Jadi aku nekad. Aku upload semula backup wordpress yang lama. Dan aku import hanya entri yang baru dari blogspot…hehe.

Jadinya, di blog ini masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan. Banyak gambar-gambar lama ‘hilang’ di dalam post. Hyperlink juga perlu diperbetulkan, kena tukar dotnet kepada dotcom. Mungkin ada yang perlu aku ‘unpublish‘ semula…haha. Aih, padahal dulu sudah aku kemaskini ketika pindah ke blogspot. Aku juga kecewa kerana tidak banyak theme cantik untuk multisite wordpress.

Kategori setiap post juga aku susun elok-elok kali ini. Boleh tengok senarai menu di atas, antara kandungan yang telah ada. Sehingga tarikh hari ini, sudah ada 495 entri yang sudah dipublish. Gila banyak pula koleksi sepanjang 10 tahun menulis ni…haha. Tapi ini sebenarnya tiada apa. Blog-blog yang mantap biasanya menerbit post setiap hari, atau paling kurang 2 post seminggu. Aku cuma mampu berdoa blog ni tak krik-krik-krik balik….hahaha.

Berbaloikah? Ya. Tersenyum sendiri aku mentelaah satu persatu entri lama. Kenangan indah itu sesuatu yang sukar dicari ganti. Mungkin yang baru pertama kali menjejak kaki ke sini terasa blog ini ntah apa sahaja. Namun tidak bagiku. Ah, kalau aku tidak suka, aku boleh saja edit bila-bila masa…hahaha.

Apapun, ini cerminan diriku yang sebenar mungkin. Yang kadang kala serius lurus bendul dengan fakta, dan kadang-kadang meroyan bak fangirl tak ingat dunia (believe me, most of time I exaggerate as my way of joking…haha).

Sekurang-kurangnya, di sini masih ada jejak arwah Ashie Unnie. Hidup kita tidak panjang. Domain dotcom ini, jika suatu hari nanti hilang, korang carilah balik di blogspot ya…hahaha. Moga aku berkesempatan untuk pindahkan semula ke blogspot sebelum ajal menjemput.

Kenapa? Kerana ini saja peninggalan atau legasiku nanti…haha. Mungkin, 100 atau 200 tahun lagi, ia mungkin jadi bahan kajian di masa depan. Hahaha, imaginasi melampau, namun siapa tahu? Seperti mana Ashie unnie meninggalkan jejaknya di sini, aku juga mahu meninggalkan ‘something’.


Tapi yang paling penting, catatan memori di sini akan tetap menjadi medium untuk aku baca di masa-masa mendatang. Untuk aku terus senyum atau ketawa sendiri. Atau untuk aku muhasabah.

Selain itu, harapan agar aku terus memperbaiki mutu penulisanku. Angan-angan nak jadi penulis buku, biarlah blog menjadi medium berlatih. Ada banyak yang aku ingin kongsikan. Semoga yang baik itu akan membawa manfaat kepada yang membaca; dan yang kurang baik itu dijadikan teladan.

Untuk mengetahui sejarah awal blog ini dan maksud hurulaini; boleh baca ABOUT ME DI SINI.

Pembaca lama, ingat lagi analogi pokemon blog ini? Kini:

Rosemon bertukar menjadi Rosemon X-Antibody
hurulaini.net (ver 3.0) bertukar menjadi hurulaini.com (ver 4.0)

Kemaskini April 2020: Setelah hampir 3 tahun domain dotcom terabai, aku decide untuk pindah balik ke platform percuma. Asalnya pindah balik ke blogspot, tapi ada isu teknikal mengenai gambar yang diletakkan di dalam blog post. Maka, pindah saja ke wordpress ni, tapi subdomain hurulaini dulu aku dah pernah claim guna email entah yang mana. Elok juga la guna subdomain yang sama dengan nama IG. Lagipun sekarang dah takde yang panggil aku hurulaini lagi…hahaha. Apa-apa domain sekalipun, aku cuma ingin simpan legasi penulisan ini, moga ia akan kekal dikongsi menjangkau hayatku sendiri.

2 thoughts on “Back to self-host; antara kenangan dan masa depan.

Leave a comment