Posted in RESENSI BUKU

Cintaku Tertinggal di Korea – Ania Malna

Bacaan Pertama 2019: Cintaku tertinggal di Korea oleh Ania Malna.

  • Aimin Hazwani, watak utama yang sangat annoying dan banyak sangat ‘drama’ nya. Fikir dia seorang je yang betul, tidak rasional dan terlalu terburu-buru. Konon nak ikut acuan agama sangat, tapi tak mahu bersangka baik pada ketentuan dan hidayah Ilahi.
  • Tapi tak jadi novel la kalau tiada drama. Jadi setiap kali jumpa watak begini, saya anggap penulis sengaja mencipta watak sebegitu. Tambahan lagi, bukan manusia la kan kalau tiada cela.
  • Poin di atas adalah perspektif saya. Penulis cuba menulis watak yang cuba mengikut landasan agama, tapi segala drama yang berlaku buat kita lihat tindak balas dari sudut yang berbeza.
  • Ini novel ringan dan santai. Kaki drama Korea pasti tertarik nak beli dan baca buku ni. Buku ini aku beli bulan September 2014, setelah berkali-kali diintai di MPH.
  • Pertama kali baca, terus stop selepas beberapa bab, sebab aku terasa berangan overdose baca buku ni..hahahahaha. Terasa macam aku je yang duduk tepi Sungai Han tunggu Oppa datang. Jadi aku buat azam, tunggu ada cuti panjang baru fokus baca. Maka kebetulan cuti long weekend tahun baru 2019, aku target untuk habis baca naskah ini. Nasib buku tak jadi kimchi diperap lebih 4 tahun..haha.
  • Novel ini mengisahkan Aimin Hazwani yang belajar di Korea dan berkenalan dengan Son Min Hyuk. Min Hyuk ni pandai cakap melayu sebab uncle dia kahwin dengan orang Malaysia dan menetap di Malaysia. Untuk ini, aku bagi thumb up pada penulis, sebab flow penulisan jadi lancar sebab ada alasan kukuh dialog ditulis hampir keseluruhan dalam bahasa Melayu.
  • Ada beberapa perkataan asas masih ditutur dalam bahasa korea dengan maksud di dalam kurungan, menjadikan dialog nampak natural. Ada juga dialog ditutur dalam bahasa Inggeris. Jadi keseluruhan flow dialog nampak lancar.
  • Buku terbitan 2013 ini asalnya ditulis di blog sekitar tahun 2012. Aku boleh agak sebab dia sebut 2 lelaki model Missha (TVXQ la kan..haha) dan penerbangan AirAsia dari LCCT. Mula curious sebab Aimin ambil bas dari stesen bas Pekeliling, bukan dari TBS yang sudah beroperasi sejak 2011. Bila semak online, bas di Pekeliling pergi Pantai Timur je. Adakah sebelum TBS beroperasi penuh, ada bas ke Johor dari Pekeliling?
  • Point di atas ini juga penting, sebab bila kita baca bab awal, nampak sangat macam penulis belum pernah sampai Korea, atau pernah pergi sekejab sahaja sebagai pelancong. Sebab tulis dan publish progressively di blog, bahagian awal lebih banyak dialog, dan kurang penerangan mengenai tempat di Korea. Penulis ada tulis Suwon, tapi tiada penerangan lansung mengenai kawasan itu. Penulis sebut Aimin jarang ke Cheongdamdong, macam jauh sangat Gangnam dengan Iteawon tu. Kedai-kedai di sana memang banyak butik berjenama, tapi takde la exclusive sangat sampai jarang nak jejak. Padahal Suwon lagi luar bandar.
  • Cara hidup Aimin di Korea juga kurang praktikal. Nadia tu tahu la kita anak orang kaya, tapi Aimin pun boleh selamba sewa rumah atau bilik yang luas yang sebenarnya antara kos sara hidup yang tinggi di Korea. Kebiasaannya, pelajar yang cukup-cukup belanja ni duduk Goshiwon, bilik super duper kecil yang muat seorang.
  • Aku tak pasti berapa lama Aimin di Korea sebab cerita mula di tahun terakhir di sana. Tapi lebih setahun di sana dan lansung tak makan makanan korea adalah sangat pelik. Takkan makan nasi dan telur goreng sepanjang 2,3 tahun di sana. Kalau tak suka kimchi pun, takkan odeng dengan tteok-bokki tak pernah rasa? Bakchan anchovies, japchae, danmuji & jeon sedap kot. Bukan jauh sangat beza dengan makanan Melayu pun.
  • Babak pertama di Kimchi Saranghae, order 3 patbingsu untuk 3 orang. Biasa satu mangkuk patbingsu 3 orang pun boleh makan..aigooo.
  • Tahun 2012 dah ada KakaoTalk kot. Kenapa la Aimin dan Min Hyuk tak boleh nak contact each other bila tiada talian telefon Malaysia? Aigooo. Again, tak jadi novel kalau tiada drama.
  • Part di Pavilion. Sampai Pavilion jam 12.30pm. Pergi tengok wayang siap que beli tiket dan beli popcorn. Tengok wayang (paling pendek pun 2 jam kan?). Lepas tu pergi makan, hero sempat pergi solat 10-15minit. Dah lepas tu, baru jam 2.30pm. Eh, takkan filem horror sejam je? Ko nak berjalan dari parking ke wayang ke restoran lagi. My math brain can’t stop calculating.
  • Separuh dari novel ni berlatarkan Malaysia. Kalau nak cari Korea di dalam novel ni, memang sangat kurang. Bahagian akhir novel ada la juga diskripsi mengenai tempat di Korea, tu pun sangat ‘touristy’. Satu-satunya ilmu baru mengenai Korea yang aku belajar dari novel ni ialah berkenaan sekolah international.
  • Tapi sebagai novel, ia bacaan ringan yang menghiburkan. Ada masa teruja dengan kemanisan dan ketaksengajaan yang sawittttt sangat. Banyak masa geram dengan watak utama yang banyaknya drama dia…haha. Ni tulis draf resensi jam 3 pagi pun sebab geram dengan Aimin yang rasa dia je yang betul, kan sendiri menderita..hahaha, rasain lu.
  • Finally aku tahu kenapa la Aimin ni jenis tak percaya dengan orang, memang keluarga dia pun cepat melenting dan bersangka buruk, rasis tahap gaban sungguh. Aigoo..dramanya.
  • Jalan cerita sangat boleh dijangka, tambah lagi sinopsis macam bagi summary penuh je. Nasib ada plot-plot kecil yang unik, jadi momentum nak habis baca buku ni berterusan.
  • Menandangkan buku ini asalnya dari blog, ada baiknya jika semasa proses penerbitan dulu ianya melalui sesi editing dan penambahan info. Bahagian awal terlalu berdialog tanpa banyak diskripsi, dah pertengahan banyak pula diskripsi. Nampak la improvement skil penulisan.
  • Ada banyak juga plot yang macam lansung tak perlu, macam sesi bergurau senda dgn housemate sampai lewat masuk pejabat. Kalau dibuang bab tu pun lansung tak bagi kesan. Dan satu lagi, hubungan antara housemate tu macam tak real sungguh..hahahaha. Even watak Adha dan Adam Yusuf tu pun macam too good to be exist.
  • Bila baca watak Chan Hee ialah artis, terus terfikir adakah Son Min Hyuk juga diinsiprasi oleh artis Korea juga? Sekarang ni imagine Min Hyuk tu dengan muka Kang Min Hyuk CNBLUE…haha

My rating: 3.5/5
My Goodreads rating: 4/5
Buku ni ok la, cuma i’m not really into love novel yang sangat trivial dan banyak drama. I prefer strong female characters, so leads characters that is not my type should not be a factor to give bad rating to a book. Untuk peminat novel melayu, this is a good book with solid plot and good writing style. Terhibur baca, so it deserve good rating.

Saya nak let go buku ni, condition elok lagi. Anyone interested boleh DM di instagram @bukuhurulaini.

Leave a comment